Saturday, September 7, 2013

Kiddies say...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Panjangnya salam saya untuk anda. Pastilah! Saya juga mahukan rahmat dan barakah dariNya buat kamu!

Hari ini adalah bagai hadiah. Dari saya untuk saya. Tiada kejutan, tiada belon, tiada lilin, hehe. Hari ini saya bekerja shift malam. And I have the whole day (sila baca: siang hari) untuk diri saya sebelum perlu bersiap-siap malam nanti untuk ke tempat kerja. Besok ada janjitemu di tepi tasik, bersama circlemate dan bonda tercinta untuk sarapan bersama. Saya harap hari esok lebih indah dari jangkauan saya.

Do you agree with me that we are kiddies in this world?

Pastinya anda setuju jika kita melihat dari kacamata yang sama.

Bukankah setiap dari kita pernah jatuh bangun sebagai seorang kanak-kanak?

Bukankah kita memiliki terlalu banyak ciri dan personaliti seorang kanak-kanak?
- manja dan suka disayangi
- masih terlalu banyak yang tidak diketahui maka seharusnya dipelajari
- mahukan zaman kanak-kanak berterusan selama-lamanya supaya tidak perlu menjadi orang dewasa yang serabut dan banyak masalah
- tidak suka dibebani dengan tanggungjawab

Saya percaya betapa keras@gagah@perkasa@bengis pun seseorang itu tampak dari luarannya, namun jauh di sudut hatinya pasti ada satu bahagian yang lembut-lembut lemak manis meleleh (bukan nanah ye!) bagai menggigit kuih ondeh-ondeh.

There is always a child in every soul. Yang mahukan dirinya disayangi, dilindungi, dimaafi oleh Tuhan Yang Satu. Dan begitu juga untuk si Dia. yang sememangnya gemarkan hambaNya merengek@mengadu@menangis@memohon hajat dan ampunan darinya.

Jangan biarkan personaliti keanak-anakan itu tenggelam dalam lemasnya kita mengejar dunia. Bangkitkan ia bila kena pada masa dan tempatnya.

Tapi Syed Qutb berkata sebaliknya bila kita memandang umat. Pandangan pada umat hendaklah ibarat seorang tua memandang kanak-kanak yang sibuk bermain dengan permainannya, contohnya masak-masak, galah panjang, zero point dan batu seremban ( saya yakin kamu budak zaman sekarang  pasti tak pernah main semua ini! ) Pandangan seorang yang faham tujuan hidupnya dan kenal akan Penciptanya terhadap umatnya yang lelah dan leka.


Budak: Seronoknya main masak-masak ni. kaklong kaklong, tolong hulur ayam tu pada ibu. ibu nak masak nasi ayam nih ( dengan mata bersinar-sinar )

Orangtua: Apela yang budak-budak ni fikir masa main masak-masak tu. Masak pasir dengan daun kot. Pastu seronok sangat main sampai tak ingat nak balik pulak tu.

What is so important seeing others in the light of an old wise man?

Da nak maghrib ni, nanti kita sambung discuss besok ye?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!